Previous Next

Majlis Sambutan Raya AidilFitri Pusat TVET Termaju (2 Mei 2024)

2 Mei 2024

Majlis Sambutan Raya AidilFitri Pusat TVET Termaju telah diadakan di Kilang Pembelajaran Pusat TVET Termaju pada 2 Mei 2024. Turut menghadiri dan memeriahkan majlis ini adalah Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik; Profesor Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh serta dif-dif jemputan. Sambutan raya aidilfitri yang julung-julung kali diadakan di Pusat TVET Termaju mendatangkan rasa kegembiraan kepada staf-staf Pusat TVET yang juga turut menyumbang juadah-juadah yang sedap bagi menjayakan lagi majlis ini. Walaupun persiapan tempat tampak sederhana tidaklah kekurangan itu melunturkan kemeriahan malahan melontarkan rasa kesyukuran kepada yang menghadiri majlis ini. Maaf Zahir Batin.