Previous Next

Bengkel Akademik & Pembangunan Modul PTVET

15 Ogos 2024 | Kuantan
 
Pusat TVET Termaju (PTVET) telah menganjurkan satu bengkel perancangan akademik dan semakan pembangunan modul latihan bertempat di Swiss-Belhotel Kuantan. Turut berlangsung ialah taklimat Hazard Identification, Risk Assessment, and Opportunities (HIRAO) yang telah disampaikan oleh En. Ahmad Harris bin Abd Hamid, Jurutera Kanan di Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerja UMPSA.
 
Semua staf PTVET terlibat dengan bengkel ini di mana ia bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Pengarah PTVET, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani turut menyampaikan beberapa maklumat dan informasi terkini untuk perhatian dan rujukan semua yang hadir. Semoga penganjuran bengkel ini dapat memberikan manfaat yang sebaiknya kepada staf PTVET.

Print   Email