PTVET UMPSA

News & Events

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Authorized ASTM D638 Material Tester with 3D Printer Integration (13-14 Dis)

Kursus Authorized ASTM D638 Material Tester with 3D Printer Integration

Kursus Authorized ASTM D638 Material Tester with 3D Printer Integration telah dianjurkan bagi meningkatkan kompetensi peserta dalam pengujian sifat mekanikal bahan polimer berdasarkan piawaian antarabangsa ASTM D638. Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh merangkumi aspek teori, penyediaan spesimen, pelaksanaan ujian tegangan serta analisis keputusan ujian menggunakan peralatan makmal sebenar.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk:

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai keperluan dan aplikasi standard ASTM D638 dalam pengujian bahan polimer.
  • Melatih peserta mengendalikan mesin Universal Testing Machine (UTM) secara selamat dan beretika.
  • Meningkatkan kefahaman peserta terhadap penyediaan spesimen ujian termasuk penggunaan teknologi percetakan 3D.
  • Melayakkan peserta sebagai Authorized Material Tester berdasarkan kehadiran dan penilaian yang ditetapkan.

Kursus ini dilaksanakan selama dua hari dan merangkumi sesi teori serta amali. Pada hari pertama, peserta didedahkan kepada pengenalan standard ASTM D638, keperluan spesimen, parameter ujian dan keselamatan makmal. Sesi diteruskan dengan demonstrasi penyediaan spesimen termasuk penggunaan pencetak 3D.

Pada hari kedua, peserta menjalani sesi amali pengujian tegangan menggunakan Universal Testing Machine (UTM), diikuti dengan analisis data ujian, interpretasi graf tegasan-terikan serta perbincangan kes kajian. Penglibatan peserta adalah sangat aktif sepanjang kursus melalui sesi soal jawab dan latihan praktikal.

Penganjuran kursus ini telah berjaya:

  • Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran teknikal peserta dalam pengujian bahan berasaskan standard industri.
  • Memberi pendedahan praktikal sebenar kepada amalan pengujian makmal yang selari dengan keperluan industri dan akademik.
  • Menyokong agenda UMPSA dalam memperkasa latihan kompetensi dan kebolehpasaran graduan serta staf TVET.

 

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Traffic Management: Responsibility as Traffic Management Officer (TMO) (13-14 Dis 25)

Traffic Management: Responsibility as Traffic Management Officer (TMO)

 

Pada 13 & 14 Disember 2025, seramai 27 orang pelajar UMPSA dari pelbagai fakulti telah menyertai kursus Traffic Management: Responsibility as Traffic Management Officer (TMO) yang berlangsung di Studio 1 ETIM, UMPSA Kampus Gambang.

 Kursus ini merupakan anjuran Pusat TVET Termaju (PTVET) dengan kerjasama strategik HRD UMPSA yang dikendalikan oleh Ts. Muhammad Nurul Fakhri bin Rusli dan Ts. Norhayani binti Mohd Nor.

Sepanjang dua hari kursus berlangsung, peserta diberi pendedahan tentang peranan dan tanggung jawab sebagai seorang Pegawai Pengurus Trafik termasuk teknik pengawalan aliran trafik dengan penggunaan signage, cones, dan barriers, peraturan dan standard keselamatan trafik di tapak kerja dan pengurusan kecemasan dan prosedur sekiranya berlaku kemalangan. Peserta diberi perbincangan kes dan membuat analisis pengawalan aliran trafik.

Kursus ini diharap dapat memberikan pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta mengenai peranan Pegawai Pengurus Trafik. Tahniah kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Kursus CNC Milling Level 1 (13-14 Dec 2025)

Kursus CNC Milling Level 1 (13 - 14 Disember 2025)

Kursus CNC Milling Level 1 telah dianjurkan selama dua hari bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan operasi mesin CNC Milling. Kursus ini merangkumi pembelajaran teori dan praktikal yang menekankan kefahaman geometri asas, parameter pemotongan, penyediaan mesin serta pengaturcaraan CNC.

Secara keseluruhannya, Kursus CNC Milling Level 1 telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta menunjukkan komitmen yang baik serta mendapat pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan CNC Milling yang boleh diaplikasikan dalam bidang pemesinan dan pembuatan

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Kursus Mobile Applications Development using Flutter (13 - 14 Disember 2025)

Mobile Applications Development using Flutter (13 - 14 Disember 2025)

Program latihan teknikal 'Mobile Applications Development using Flutter' telah berjaya dilaksanakan pada 13 dan 14 Disember 2025, bertempat di Makmal Digital Media Studio, Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang. Program ini merupakan sebahagian daripada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi di bawah Pusat TVET Termaju melalui siri latihan PTVET. Program ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah Ts. Kirahman Bin Abd. Razak dan Ts. Wan Hassan Bin Wan Hamat.

Program latihan yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberi pendedahan kepada peserta terhadap reka bentuk dan pembangunan aplikasi mudah alih yang merentasi pelbagai platform dengan menggunakan Flutter, sebuah ‘frameworks’ pembangunan perisian UI yang dibina oleh Google. Flutter membolehkan penciptaan aplikasi yang sangat interaktif dan menarik secara visual melalui satu kod asas yang boleh digunakan dengan lancar pada platform Android dan iOS. Kursus ini menekankan penggunaan bahasa pengaturcaraan Dart, seni bina berasaskan widget, dan teknik pengurusan keadaan (state management) yang canggih dalam membangunkan aplikasi yang boleh diskalakan dan responsif.

25 orang pelajar telah dipilih yang merupakan pelajar pra siswazah UMPSA dari Fakulti Komputeran (FK). Pelajar yang lulus dalam penilaian praktikal pada hari terakhir akan menerima sijil latihan (completion certificate). Pelajar telah duji dengan merekabentuk applikasi ringkas menggunakan perisian Flutter dengan menyiapkan satu tugasan yang diberikan. Seterusnya pelajar dikehendaki menghantar tugasan tersebut bagi menilai kefahaman dan kemahiran yang dipelajari bagi membolehkan penganugerahan Sijil dilakukan.

Pelaksanaan program latihan teknikal ini diharapkan dapat nilai tambah kepada pelajar disamping meningkatkan pengetahuan dan memberikan pengalaman praktikal sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan mereka pada masa akan datang.

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Kursus Basic Tools in Biochemical Laboratory: pH Meter & Micropipette (13-14 Dis)

Basic Tools in Biochemical Laboratory: pH Meter & Micropipette

 13-14 Disember 2025

Pusat TVET Termaju telah menganjurkan kursus Basic Tools in Biochemical Laboratory: pH Meter & Micropipette selama dua hari bertempat di Makmal Mikrobiologi FTKKP dan Extraction Process Plant Teaching Factory, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang. Kursus yang berjalan pada 13-14 Disember 2025 itu disertai oleh seramai 8 pelajar dalam pelbagai bidang pengajian. 

Kursus yang dijalankan bertujuan untuk mendedahkan para peserta kaedah menggunakan mikropipet dan pH meter dengan betul. Teknik yang diajar termasuklah pengendalian yang baik, kalibrasi, pengukuran dan cara membersih alat-alat berkenaan. Pada hari pertama, peserta mengikuti kelas teori dan disambung dengan amali pada hari kedua. Sepanjang program berlangsung, peserta diberi panduan oleh pengajar dan fasilitator. Pada hari kedua juga, peserta diuji melalui ujian bertulis bagi mengukur tahap kefahaman para pelajar. 

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh para peserta, program berlangsung dengan jayanya. Program ini berjaya memberi nilai tambah kepada peserta apabila menjalankan projek tahun akhir dan seterusnya dapat diamalkan dalam alam kerjaya kelak.

Previous Next

Kursus Interactive Canva for TVET Educator (27 Nov)

Kursus Interactive Canva for TVET Educator yang sangat mengujakan!
 
Pada 27 November 2025 (Khamis), Pusat TVET Termaju (PTVET) telah menganjurkan kursus dalaman untuk peningkatan kompetensi staf iaitu kursus Interactive Canva for TVET Educator bertempat di Bilik Komputer Perpustakaan, UMPSA Pekan. Kursus sehari penuh ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan menghimpunkan seramai 25 orang staf PTVET yang berminat meningkatkan kemahiran dalam penghasilan bahan pembelajaran digital yang lebih kreatif, interaktif dan selari dengan kehendak pendidikan TVET masa kini.
 
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Nurul Wahidah Binti Arshad, Pensyarah FTKEE UMPSA, yang berkongsi pelbagai teknik, tips dan strategi menghasilkan infografik, poster, slaid interaktif serta elemen multimedia menggunakan platform Canva. Peserta turut diberi peluang menjalani latihan praktikal secara langsung bagi menghasilkan modul pengajaran masing-masing.
 
Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu tenaga pengajar TVET memperkukuh kompetensi digital, memperkaya kaedah penyampaian pengajaran serta meningkatkan keterlibatan pelajar melalui bahan visual yang lebih menarik dan efektif. Syabas kepada semua peserta dan penghargaan kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang bernilai!
Previous Next

T-Pro : Program Kursus Sijil Profesional Tropical Basic Offshore Safety And Emergency Training (T-Bosiet) (24-26 Nov)

24-26 NOVEMBER 2025 | RELYON, CHERATING

T-Pro: Program Kursus Sijil Profesional  - Tropical Basic Offshore Safety And Emergency Training (T-Bosiet)

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Mechanical Instrument Calibration (15-16 Nov)

Mechanical Instrument Calibration (15-16 Nov)

Kursus Mechanical Instrument Calibration telah dianjurkan selama dua hari bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan kepentingan kalibrasi peralatan pengukuran mekanikal serta prosedur pelaksanaan kalibrasi alat pengukuran.

Secara keseluruhannya, Kursus Mechanical Instrument Calibration telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta menunjukkan komitmen yang baik serta mendapat pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan kalibrasi peralatan pengukuran serta mengapa ianya penting untuk dilakukan khususnya dalam industri kejuruteraan.

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Electropneumatic Systems with PLC Control (15-16 Nov)

Electropneumatic Systems with PLC Control

Program latihan teknikal “Electropneumatic Systems with PLC Control” telah dilaksanakan pada 15–16 November 2025 di Makmal Pneumatik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Kursus pendek anjuran Pusat TVET Termaju UMPSA ini merupakan sebahagian daripada program PTVET Training Series (T-CERT) dalam usaha memperkasakan TVET aras tinggi.

Melalui latihan bersasar selama dua hari, peserta berupaya mentafsir dan membangunkan litar elektropneumatik secara komprehensif—merangkumi pemilihan komponen (injap, silinder, penderia), pendawaian I/O kepada PLC, serta pematuhan amalan terbaik industry. Peserta juga berkeupayaan mereka bentuk, melaksanakan, menguji dan melaksanakan penyelesaian masalah (troubleshooting) bagi atur cara PLC (Ladder/Function Block) untuk kawalan Auto/Manual, interlock, pemasaan (timing) dan urutan operasi silinder sehingga sistem beroperasi dengan stabil dan boleh dipercayai.

Seramai 12 orang pelajar pra siswazah UMPSA daripada pelbagai program telah dipilih mengikuti latihan Pneumatic & PLC, dan kesemuanya berjaya lulus penilaian praktikal. Penilaian tersebut menilai tahap penguasaan modul serta kecekapan pelajar dalam membangunkan dan menguji litar pneumatik, melakukan pendawaian serta pemetaan I/O, membina atur cara PLC (Auto/Manual, timing dan urutan), di samping melaksanakan troubleshooting secara sistematik sehingga sistem beroperasi dengan stabil.

Program ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan pelajar terhadap teknologi automasi semasa serta membekalkan pengalaman hands-on yang relevan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.

Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Kursus Survey Method in Construction (15 - 16 Nov)

Survey Method in Construction

15–16 November 2025

Latihan teknikal “Survey Method in Construction” yang berlangsung pada 15–16 November 2025 di Makmal Ukur Kejuruteraan, ETIM, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) menerima penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar.

Kursus anjuran Pusat TVET Termaju UMPSA dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) ini merupakan salah satu modul di bawah PTVET Training Series (T-CERT) bagi memperkukuh kompetensi TVET aras tinggi selaras dengan keperluan industri.

Sepanjang dua hari latihan intensif, pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran penting berkaitan kaedah ukur kejuruteraan dalam pembinaan menggunakan peralatan Electronic Total Station dan Dumpy Level. Pelajar turut mempelajari beberapa kaedah teknikal ukur kejuruteraan di tapak bina menggunakan peralatan tersebut, sebelum mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari melalui latihan praktikal.

Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan traverse survey, building setting out, reduce level for road and drainage, serta penggunaan Temporary Benchmark (TBM) dalam projek pembinaan.

Penganjuran latihan ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan pelajar mengenai teknologi semasa dan memberikan pengalaman praktikal bernilai sebagai persediaan sebelum memasuki industri pembinaan dan sektor kejuruteraan yang berkaitan.

Image
— Contact
Centre for Advanced TVET,
Teaching Factory Building,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,
26600 Pekan Pahang

— Quick Link