07 Feb 2024:
Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan dari Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) untuk melihat sumber infra dan perkhidmatan yang ditawarkan di Kilang Pembelajaran, PTVET UMPSA.
Turut bersama mengiringi delagasi KTYS adalah Profesor Ts Dr. Kamal Bin Yusoh (Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik) dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Bin Mohd Sani (Pengarah Pusat TVET Termaju UMPSA).
24 Januari 2024:
Projek Kerjasama Pusat TVET Termaju UMPSA bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Rompin.
Perbincangan awal untuk menjalinkan kerjasama Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Rompin.
Kerjasama ini bertujuan untuk membangunkan alat pemantauan longkang dimana Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah diberi kepercayaan untuk membangunkan produk ini. Wakil SWCorp Rompin, Encik Hafiz dan juga beberapa wakil bersama beliau, dan wakil Pusat TVET Termaju UMPSA yang diketuai oleh Mejar Ts. Hazami Bin Che Hussain, diikuti Ts. Syahrulnaim Bin Mohamad Nawi & Ts. Mohd Adib Bin Mohd Amin
18 Januari 2024:
Program Perjumpaan Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik & Pengarah Pusat TVET Termaju Bersama Staf Pusat TVET Termaju telah berlangsung dengan jayanya. Antara agenda program tersebut adalah bersuai kenal bersama semua staf teknikal dan pentadbiran di Pusat TVET Termaju & membincangkan Sasaran Kerja Tahunan bagi semua staf teknikal & pentadbiran di Pusat TVET Termaju.
Turut hadir, Profesor Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh,Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Bin Mohd Sani, Pengarah Pusat TVET Termaju. Pengacara majlis dikendalikan oleh Encik Muhammad Hafiz Aswad Bin Ahmad Kamal, Pegawai Tadbir Kanan Pusat TVET Termaju. Juga meraikan staf pentadbiran iaitu Encik Fadhil Anwar Bin Zulhilmi yang telah bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni