Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - Awareness On Building Quality Assessment
Hits: 103
PTVET TRAINING SERIES - Awareness on Building Quality Assessment (Qlassic)
25 OKTOBER 2024 | STUDIO 1, BANGUNAN ETIM, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM
Program latihan teknikal Awareness on Building Quality Assessment (Qlassic) telah berjaya dilaksanakan pada 19 – 20 Oktober 2024, bertempat di Studio 1, Bangunan ETIM, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah, Gambang, Pahang.
Program ini merupakan sebahagian daripada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi di bawah Pusat TVET Termaju melalui siri latihan PTVET. Program ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah En. Mohd Sharulnizam Bin Wahap dan Puan Norhayani Binti Mohd Nor.
Program latihan bersasar yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberi pendedahan kepada peserta terhadap penilaian mengikut Standard Industri Pembinaan (CIS 7) dan prosedur QLASSIC untuk industri pembinaan. Pelajar juga turut didedahkan tentang proses penilaian QLASSIC seperti kaedah pensampelan, penilaian tapak, pengiraan skor dan keperluan kualiti mutu kerja, toleransi & prosedur untuk penilaian kerja pembinaan.
25 orang pelajar telah dipilih yang merupakan pelajar pra siswazah UMPSA dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA). Kesemua pelajar ini telah lulus penilaian praktikal pada hari terakhir dan menerima sijil latihan (completion certificate). Penilaian praktikal untuk program latihan ini dikendalikan bagi menguji tahap pemahaman terhadap modul yang diberikan serta kemahiran yang dipamerkan ketika menggunakan peralatan standard QLASSIC. Pelajar telah duji untuk menilai kecacatan pembinaan dengan menggunakan peralatan yang betul berdasarkan kepada standard CIS 7. Seterusnya pelajar dikehendaki menilai dan memberikan skor kepada pemeriksaan yang telah dijalankan.
Pelaksanaan program latihan teknikal ini diharapkan dapat nilai tambah kepada pelajar disamping meningkatkan pengetahuan dan memberikan pengalaman praktikal sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan mereka pada masa akan datang.
Latest News
16 December 2024
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation