Previous Next

PTVET Training Series - Survey Method in Construction (15 - 16 Nov)

Survey Method in Construction

15–16 November 2025

Latihan teknikal “Survey Method in Construction” yang berlangsung pada 15–16 November 2025 di Makmal Ukur Kejuruteraan, ETIM, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) menerima penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar.

Kursus anjuran Pusat TVET Termaju UMPSA dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) ini merupakan salah satu modul di bawah PTVET Training Series (T-CERT) bagi memperkukuh kompetensi TVET aras tinggi selaras dengan keperluan industri.

Sepanjang dua hari latihan intensif, pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran penting berkaitan kaedah ukur kejuruteraan dalam pembinaan menggunakan peralatan Electronic Total Station dan Dumpy Level. Pelajar turut mempelajari beberapa kaedah teknikal ukur kejuruteraan di tapak bina menggunakan peralatan tersebut, sebelum mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari melalui latihan praktikal.

Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan traverse survey, building setting out, reduce level for road and drainage, serta penggunaan Temporary Benchmark (TBM) dalam projek pembinaan.

Penganjuran latihan ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan pelajar mengenai teknologi semasa dan memberikan pengalaman praktikal bernilai sebagai persediaan sebelum memasuki industri pembinaan dan sektor kejuruteraan yang berkaitan.


Print   Email