Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Electropneumatic Systems with PLC Control (15-16 Nov)
Electropneumatic Systems with PLC Control
Program latihan teknikal “Electropneumatic Systems with PLC Control” telah dilaksanakan pada 15–16 November 2025 di Makmal Pneumatik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Kursus pendek anjuran Pusat TVET Termaju UMPSA ini merupakan sebahagian daripada program PTVET Training Series (T-CERT) dalam usaha memperkasakan TVET aras tinggi.
Melalui latihan bersasar selama dua hari, peserta berupaya mentafsir dan membangunkan litar elektropneumatik secara komprehensif—merangkumi pemilihan komponen (injap, silinder, penderia), pendawaian I/O kepada PLC, serta pematuhan amalan terbaik industry. Peserta juga berkeupayaan mereka bentuk, melaksanakan, menguji dan melaksanakan penyelesaian masalah (troubleshooting) bagi atur cara PLC (Ladder/Function Block) untuk kawalan Auto/Manual, interlock, pemasaan (timing) dan urutan operasi silinder sehingga sistem beroperasi dengan stabil dan boleh dipercayai.
Seramai 12 orang pelajar pra siswazah UMPSA daripada pelbagai program telah dipilih mengikuti latihan Pneumatic & PLC, dan kesemuanya berjaya lulus penilaian praktikal. Penilaian tersebut menilai tahap penguasaan modul serta kecekapan pelajar dalam membangunkan dan menguji litar pneumatik, melakukan pendawaian serta pemetaan I/O, membina atur cara PLC (Auto/Manual, timing dan urutan), di samping melaksanakan troubleshooting secara sistematik sehingga sistem beroperasi dengan stabil.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan pelajar terhadap teknologi automasi semasa serta membekalkan pengalaman hands-on yang relevan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
Latest News
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation
