Previous Next

Penilaian akreditasi oleh pihak Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC)

19 MAC 2025 | UMPSA PEKAN
 
Proses Akreditasi APACC
Hari Pertama
 
Sesi lawatan tapak bagi penilaian akreditasi oleh pihak Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) bermula. Delegasi APACC diketuai oleh Prof. Dr. Rama Krishna Challa, Lead Accreditor bersama Dr. Kesavan Ulaganathen, Member Accreditor dan Ms. Chyna Nina Clarizza, Dcumentation Officer.
Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan Majlis Pembukaan yang dihadiri oleh Prof. Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), ahli pengurusan universiti, Dekan-dekan, Pengarah dan staf Pusat TVET Termaju.
 
Seterusnya sesi diteruskan dengan lawatan tapak ke beberapa lokasi seperti di FTKEE, FTKPM, Perpustakaan, DiTEC dan PTVET. Antara lokasi yang dilawati ialah Makmal Pendawaian FTKEE, Makers Lab FTKMA, Dewan Kuliah PBM, Pusat Data DiTEC dan Kilang Pembelajaran PTVET.
Selesai lawatan, sesi semakan dokumen dilaksanakan bermula dengan Kriteria 1 - Governan dan Pengurusan dan dengan diikuti Kriteria 2 - Pengajaran & Pembelajaran. Sesi semakan dokumen selesai tepat jam 5.00 petang dan akan bersambung semula keesokan harinya.
 

Print   Email