Program Gaya Hidup Sihat PTVET Siri 1
Hits: 28
18 Februari 2025 (Selasa) | Pantai Lagenda, Pekan
Pusat TVET Termaju (PTVET) melalui JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat PTVET Siri 1. Aktiviti yang dijalankan ialah berbasikal sejauh kira-kira 4 km dari PTVET menuju Pantai Lagenda. Seterusnya program diteruskan dengan aktiviti pembersihan pantai.
Para peserta berkumpul di hadapan bangunan Kilang Pembelajaran, PTVET seawal jam 8.00 pagi bagi sesi pembukaan dan taklimat keselamatan. Seramai 25 orang menyertai aktiviti berbasikal sambil diiringi oleh pihak Bahagian Keselamatan UMPSA.
Aktiviti pembersihan pantai dijalankan sejurus tiba semua peserta berbasikal. PTVET turut menjemput beberapa pihak lain seperti Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Pusat Inovasi dan Daya Saing (PIDA) dan Pusat Akreditasi Akademik (PAA). Selain itu, aktiviti ini juga dibantu oleh pihak SWCorp dan Alam Flora bagi proses pengumpulan sampah yang boleh dikitar semula.
Pada akhir aktiviti, sebanyak hampir 350kg sampah berjaya dikumpulkan. Menurut wakil SWCorp, pihak mereka sangat mengalu-alukan pelaksanaan aktiviti seperti ini pada bila-bila masa kerana ia dapat memberikan manfaat yang baik terutamanya kepada alam sekitar.
Program tamat pada jam 11.30 pagi.
Latest News
21 February 2025
18 February 2025
15 January 2025
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation