Previous Next

Program "Online ICP On Automotive Technology Virtual Tvet" & Majlis Penutupan ICP

MAJLIS PENUTUPAN "ONLINE IN COUNTRY PROGRAM ON AUTOMOTIVE TECHNOLOGY VIRTUAL TVET"
27 FEBRUARI 2025 | UMPSA PEKAN
 
Majlis Penutupan “Online In-Country Program on Automotive Technology Using Virtual TVET” telah berjaya dilaksanakan hari ini dengan kerjasama Colombo Plan Staff College (PSC) dan Labtech International.
Sekalung penghargaan dan terima kasih khas buat Yang Hormat Naib Canselor UMPSA, Professor Dr. Yatimah Binti Alias yang sudi memberikan ucapan pembukaan dan penutup program ini yang telah bermula pada 24 Februari dan berakhir pada hari ini.
Objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan warga akademik dan staf UMPSA dengan kaedah pengajaran digital dan maya khususnya dalam bidang TVET, memastikan pendidikan teknikal kekal relevan, inovatif, dan selari dengan keperluan industri.
Program latihan selama empat hari yang dijalankan secara maya ini telah disertai oleh seramai 24 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai latihan vokasional UMPSA daripada pelbagai latar belakang bidang. Para peserta telah mendapat pendedahan mendalam berkenaan teknologi automotif dan kaedah penyampaian secara maya untuk meningkatkat keberkesanan dan kualiti penyampaian kepada pelajar. Peserta juga didedahkan dengan kemahiran praktikal, serta perkongsian strategi terbaik dalam mengadaptasi elemen pembelajaran digital.
Program kali ini merupakan program kedua anjuran Pusat TVET Termaju (PTVET) dan CPSC di mana program pertama sebelum ini telah berlangsung pada bulan September 2024 yang lalu secara fizikal bertempat di Fakulti Komputeran, UMPSA.
PTVET berharap inisiatif ini akan terus mengukuhkan hubungan industri-akademia, mempertingkatkan kualiti pendidikan TVET di Malaysia, dan melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia untuk mendepani cabaran masa hadapan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!

Print   Email