PTVET PROFESSIONAL COURSE 2.0 GEOMETRIC DIMENSIONING & TOLERANCING (GD&T) LEVEL 1
Hits: 42
PTVET PROFESSIONAL COURSE 2.0
GEOMETRIC DIMENSIONING & TOLERANCING (GD&T) LEVEL 1
23 DECEMBER 2024 | MAKMAL VDI, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN DAN MEKATRONIK, UMPSA PEKAN
Kursus persijilan profesional TVET Siri 2.0 diteruskan dengan Kursus Geometric Dimensioning & Tolerancing (GD&T) Level 1 yang telah dilaksanakan pada 20 & 22 Disember 2024, bertempat di Makmal VDI, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Kampus Pekan.
Inisiatif ini digerakkan oleh Pusat TVET Termaju (PTVET) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia UMPSA di bawah pelan strategik UMPSA25-KPI2A(2). Kursus kali ini merupakan kursus ke-18 dalam siri latihan kompetensi TVET yang dianjurkan PTVET pada tahun 2024 dan menampilkan dua orang jurulatih bertauliah iaitu Ts Abd Rahman Fahmi Bin Mat Hasan dan Ts Aidil Shafiza Bin Safiee sebagai tenaga pengajar.
Program latihan bersasar yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teori dan konsep asas GD&T, aplikasi GD&T dalam industri pembuatan, kemahiran mentafsir dan menganalisa GD&T dalam rekabentuk kejuruteraan serta teknik praktikal pengukuran dan pemeriksaan elemen-elemen berkaitan GD&T.
Seramai 15 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah di dalam program Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri (BVM) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Pembuatan (BTM) telah mengikuti program ini dan telah lulus ujian bertulis di peringkat akhir kursus yang melayakkan mereka semua menerima sijil profesional GD&T Level 1.
Maklumbalas daripada peserta rata-ratanya berpuas hati dengan kaedah penyampaian serta isi kandungan kursus dan sebahagiannya berharap agar kursus ini dapat ditawarkan lagi untuk memberi peluang kepada rakan-rakan lain turut menyertainya di masa akan datang.
Tahniah dan Syabas kepada semua peserta. Anda adalah “UMPSA GD&T Qualified Inspector”
Latest News
16 December 2024
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation