Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - Unlocking Essential Function Block With Omron PLC
Hits: 483
Memperkayakan resume dengan skil tambahan adalah peluang keemasan bagi semua peserta yang telah menyertai Kursus Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari Pusat Tvet Termaju (Ptvet) yang telah berlangsung di Makmal Industrial Automation, bertempat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKEE) pada 18 dan 19 Mei 2024.
Kurusus Pemerkasaan Indistri yang bertajuk Unlocking Essential Function Block With Omron PLC menggabungkan dua tenaga pengajar dari PTVET yang sangat berpengalaman iaitu Ir. Ts. Nik Mohd Zaitul Akmal Bin Mustapha dan En Muhammad Hamka Bin Embong.
Seramai 30 pelajar dari pelbagai bidang (Elektrik, dan Pembuatan) telah didedahkan kepada aturcara PLC menggunakan Function Block (FBD ) yang lebih unggul dalam perihal Visualisasi untuk fungsi kompleks, modularisasi, dan integrasi fungsi khusus berbanding Ladder Diagram (LD) yang telah mereka pelajari dalam pembelajaran arus perdana sebelum ini. Hasil maklum balas pelajar sangat memberangsangkan dan mereka didapati sangat berminat untuk mendalami dengan lebih jauh tentang FBD, di tambah dengan pendekatan ClassPoint yang membuatkan pelajar teruja untuk belajar dalam suasana yang sangat interaktif. Terbukti sesi yang diadakan ini sangat memberi manfaat kepada siswa-siswa UMPSA disamping memberi nilai tambah kepada kompetensi kemahiran teknikal pada masa akan datang.
Nantikan Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari PTVET pada masa akan datang dengan pelbagai cabang kemahiran teknologi terkini untuk pembangunan kemahiran anda. Untuk tidak terlepas sebarang peluang, sila layaran laman sesawang Pusat TVET Termaju (https://ptvet.umpsa.edu.my/index.php/en/) untuk maklumat lanjut bagi siri-siri program akan datang . Program ini terbuka kepada semua siswa-siswi UMPSA. Jangan lepaskan peluang keeamasan ini.
Latest News
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation