Previous Next

UMPSA dan OMRON Tubuh Pusat Latihan Bertauliah (20 Februari 2024)

UMPSA dan OMRON Tubuh Pusat Latihan Bertauliah
20 Februari 2024 (Selasa) | Putrajaya
 
UMPSA akan bekerjasama dengan OMRON Electronics Sdn Bhd untuk menubuhkan OMRON Licensed Training Center di UMPSA. Berdasarkan kemudahan yang dimiliki oleh UMPSA ketika ini, perancangan ini dilihat akan dicapai dengan mudah. Tambahan pula, UMPSA sudah menggunakan peralatan daripada OMRON sejak tahun 2004 lagi. Secara tidak langsung UMPSA memiliki kepakaran dalam melatih pelajar menggunakan peralatan tersebut.
 
Majlis ini telah dihadiri oleh Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Madya Dr. Hamdan bin Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani, Pengarah Pusat TVET Termaju. Manakala pihak OMRON diwakili oleh En. Lee Kok Soong, Pengarah Urusan, En. Alvin Choi Kwok Weh, Pengurus Jualan dan En. Sharizal bin Ahmad, Pengurus Akaun.Turut hadir ialah Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah (Bahagian Hubungan Universiti - Industri) dan Dr. Mohd Anwar bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik.
 
Melalui kerjasama ini juga, pelbagai program lain turut boleh diadakan seperti Train the Trainer (TTT), membangunkan modul latihan yang releven dengan kehendak semasa, penempatan bagi pelajar untuk menjalani latihan industri di OMRON dan sesi perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak. Bertempat di Zenith Hotel Putrajaya, majlis ini merupakan anjuran bersama pihak Pusat TVET Termaju dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), UMPSA.

Print   Email