Previous Next

Audit Penarafan Kkp UMPSA Pusat TVET Termaju Bersama OSHMO

AUDIT PENARAFAN KKP UMPSA PUSAT TVET TERMAJU BERSAMA OSHMO
15 JANUARI 2025 | TEACHING FACTORY, PUSAT TVET TERMAJU
 
Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) telah melaksanakan Audit Penarafan KKP di Pusat TVET Termaju.
Antara perkongsian daripada Audit tersebut adalah penambahbaikan dari segi persekitaran pekerjaan yang melibatkan staf yang menggunakan komputer. Perkongsian berkenaan ergonomik akan dimanfaatkan oleh semua staf Pusat TVET Termaju bagi menghindari kemalangan yang tak diingini berlaku.
Pengarah Pusat TVET Termaju, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Bin Mohd Sani selaku pembuka majlis bagi Audit Penarafan KKP ini. Turut serta, Ketua Kluster (Pembangunan Fasiliti & Teknologi), Ts Junaedi Irwan Bin Wan Abdul Halim, Eksekutif Kanan, Encik Muhammad Hafiz Aswad Bin Ahmad Kamal. Auditor yang hadir, Pegawai Sains Kanan OSHMO, Encik Khairul Adlan Ismail, Jurutera Kanan OSHMO, Encik Ahmad Harris Bin Abd Hamid & Puan Siti Sofiasuhana Binti Fouzi, Penolong Pegawai Sains.
Pusat TVET Termaju sentiasa mengamalkan gaya kerja selamat dan sentiasa mematuhi semua peraturan dari aspek KKP

Cetak   Emel