Previous Next

Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Authorized ASTM D638 Material Tester with 3D Printer Integration (13-14 Dis)

Kursus Authorized ASTM D638 Material Tester with 3D Printer Integration

Kursus Authorized ASTM D638 Material Tester with 3D Printer Integration telah dianjurkan bagi meningkatkan kompetensi peserta dalam pengujian sifat mekanikal bahan polimer berdasarkan piawaian antarabangsa ASTM D638. Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh merangkumi aspek teori, penyediaan spesimen, pelaksanaan ujian tegangan serta analisis keputusan ujian menggunakan peralatan makmal sebenar.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk:

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai keperluan dan aplikasi standard ASTM D638 dalam pengujian bahan polimer.
  • Melatih peserta mengendalikan mesin Universal Testing Machine (UTM) secara selamat dan beretika.
  • Meningkatkan kefahaman peserta terhadap penyediaan spesimen ujian termasuk penggunaan teknologi percetakan 3D.
  • Melayakkan peserta sebagai Authorized Material Tester berdasarkan kehadiran dan penilaian yang ditetapkan.

Kursus ini dilaksanakan selama dua hari dan merangkumi sesi teori serta amali. Pada hari pertama, peserta didedahkan kepada pengenalan standard ASTM D638, keperluan spesimen, parameter ujian dan keselamatan makmal. Sesi diteruskan dengan demonstrasi penyediaan spesimen termasuk penggunaan pencetak 3D.

Pada hari kedua, peserta menjalani sesi amali pengujian tegangan menggunakan Universal Testing Machine (UTM), diikuti dengan analisis data ujian, interpretasi graf tegasan-terikan serta perbincangan kes kajian. Penglibatan peserta adalah sangat aktif sepanjang kursus melalui sesi soal jawab dan latihan praktikal.

Penganjuran kursus ini telah berjaya:

  • Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran teknikal peserta dalam pengujian bahan berasaskan standard industri.
  • Memberi pendedahan praktikal sebenar kepada amalan pengujian makmal yang selari dengan keperluan industri dan akademik.
  • Menyokong agenda UMPSA dalam memperkasa latihan kompetensi dan kebolehpasaran graduan serta staf TVET.

 


Cetak   Emel