Previous Next

Kursus Interactive Canva for TVET Educator (27 Nov)

Kursus Interactive Canva for TVET Educator yang sangat mengujakan!
 
Pada 27 November 2025 (Khamis), Pusat TVET Termaju (PTVET) telah menganjurkan kursus dalaman untuk peningkatan kompetensi staf iaitu kursus Interactive Canva for TVET Educator bertempat di Bilik Komputer Perpustakaan, UMPSA Pekan. Kursus sehari penuh ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan menghimpunkan seramai 25 orang staf PTVET yang berminat meningkatkan kemahiran dalam penghasilan bahan pembelajaran digital yang lebih kreatif, interaktif dan selari dengan kehendak pendidikan TVET masa kini.
 
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Nurul Wahidah Binti Arshad, Pensyarah FTKEE UMPSA, yang berkongsi pelbagai teknik, tips dan strategi menghasilkan infografik, poster, slaid interaktif serta elemen multimedia menggunakan platform Canva. Peserta turut diberi peluang menjalani latihan praktikal secara langsung bagi menghasilkan modul pengajaran masing-masing.
 
Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu tenaga pengajar TVET memperkukuh kompetensi digital, memperkaya kaedah penyampaian pengajaran serta meningkatkan keterlibatan pelajar melalui bahan visual yang lebih menarik dan efektif. Syabas kepada semua peserta dan penghargaan kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang bernilai!

Cetak   Emel