Program Pemerkasaan Kompetensi Pelajar : Shaft Alignment Best Practice In Oil And Gas Industries (14 - 15 Jun)
Kursus Shaft Alignment Best Practice In Oil And Gas Industries
14 – 15 Jun 2025 | Makmal Kejuruteraan Gas, FTKKP
Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP) telah berjaya menganjurkan Kursus Precision Shaft Alignment Method selama dua hari bermula 14 hingga 15 Jun 2025. Kursus ini menghimpunkan seramai 21 orang peserta, terdiri daripada 14 pelajar FTKKP serta 7 pelajar daripada fakulti lain (FTKMA – 2 peserta, FTKPM – 3 peserta, FSTI – 2 peserta).
Program ini dikendalikan oleh tiga orang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang industri dan teknologi iaitu:
• Ts. Mohd Anuar bin Hj Ramli
• Ts. Joharizal bin Johari
• Ts. Dr. Azizul Helmi bin Sofian
Kursus ini merangkumi sesi teori dan praktikal, memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan penjajaran aci (shaft alignment) yang tepat serta penggunaan peralatan moden seperti Alignment Dial Kit dan Laser Alignment System. Melalui pendekatan pembelajaran hands-on, peserta dapat mempraktikkan teknik yang betul selaras dengan keperluan industri semasa.
Objektif Kursus:
- Melahirkan pelajar UMPSA yang berkemahiran dalam Precision Shaft Alignment Methods.
- Memperkukuh pengetahuan teknikal yang selari dengan keperluan industri.
- Memberi nilai tambah kepada pelajar melalui sijil penyertaan program.
Aktiviti Utama Program:
- Sesi ceramah dan perkongsian teori
- Demonstrasi peralatan penjajaran aci
- Latihan praktikal secara berkumpulan
- Sesi soal jawab bersama tenaga pengajar
Impak Program:
Melalui penyertaan dalam kursus ini, para peserta telah berjaya:
- Meningkatkan kemahiran dan kefahaman mengenai penjajaran aci yang tepat dalam sistem industri.
- Mendapat pendedahan kepada teknologi & amalan terbaik terkini.
- Memperoleh sijil penyertaan sebagai pengiktirafan dan nilai tambah dalam prospek kerjaya.
Penutup
Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan penglibatan aktif dan komitmen tinggi oleh para peserta. Penganjuran kursus seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasakan kemahiran teknikal pelajar sekaligus memperkukuhkan kebolehpasaran graduan UMPSA.
Disediakan oleh:
Ts. Mohd Anuar bin Hj. Ramli
Ts. Joharizal bin Johari
Pusat TVET Termaju
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Latest News
Popular
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation
