Previous Next

Program Perjumpaan PNC Pengembangan Akademik Bersama Staf PTVET

18 Januari 2024:
Program Perjumpaan Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik & Pengarah Pusat TVET Termaju Bersama Staf Pusat TVET Termaju telah berlangsung dengan jayanya. Antara agenda program tersebut adalah bersuai kenal bersama semua staf teknikal dan pentadbiran di Pusat TVET Termaju & membincangkan Sasaran Kerja Tahunan bagi semua staf teknikal & pentadbiran di Pusat TVET Termaju.
 
Turut hadir, Profesor Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh,Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Bin Mohd Sani, Pengarah Pusat TVET Termaju. Pengacara majlis dikendalikan oleh Encik Muhammad Hafiz Aswad Bin Ahmad Kamal, Pegawai Tadbir Kanan Pusat TVET Termaju. Juga meraikan staf pentadbiran iaitu Encik Fadhil Anwar Bin Zulhilmi yang telah bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Cetak   Emel