Previous Next

Program Robotik Sebagai Medium Pembelajaran Stem di SK Jaya Gading

PROGRAM ROBOTIK SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN STEM
6 - 8 MEI 2025 | JAYA GADING
 
PTVET sekali lagi menjayakan program sempena Minggu STEM. Kali ini, sekolah yang 'diserang' oleh PTVET ialah SK Jaya Gading (SEJAGAD). Program yang dianjurkan oleh pihak SEJAGAD bertajuk Robotik Sebagai Medium Pembelajaran STEM. Program bermula pada 6 Mei dan berakhir pada 8 Mei 2025.
Hari pertama dimulakan dengan Sesi Pengenalan Robotik yang disampaikan oleh Ts. Hj. Syahrulnaim bin Mohamad Nawi. Peserta adalah terdiri daripada pelajar Darjah 4, 5 dan 6 seramai kira-kira 60 orang. Pelajar seterusnya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pertandingan dimulakan.
 
Pada masa yang sama, PTVET turut membantu pihak sekolah menghias Bilik Pendidikan Seni Visual. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melukis mural dan mengecat dinding. Semua aktiviti ini diteruskan sehingga ke hari ke 2.
Pada hari ke 3, Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah dilangsungkan. Dalam ucapan Guru Besar SEJAGAD, YM Engku Marziah binti Engku Muda, beliau sangat menghargai komitmen yang diberikan oleh pihak PTVET dalam menjayakan program ini. Program ini telah lama dirancang oleh pihak sekolah, akhirnya ia menjadi kenyataan. Selain itu, wakil Pengarah PTVET, Ts. Junaedi Irwan bin Wan Abdul Halim menyatakan hasrat PTVET akan terus bekerjasama bersama pihak sekolah dalam menjayakan sebarang aktiviti terutamanya berkaitan dengan STEM dan TVET.
 
PTVET mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini di mana ia diketuai oleh Mejar Ts. Hazami bin Che Hussain selaku penyelaras program. Semoga kedua-dua belah pihak memperolehi manfaat daripada program yang telah dijalankan ini.

Cetak   Emel