Previous Next

Program STEM (Teknologi Drone) di SK Lepar Hilir 1 Bersama PTVET & FTKKP

 

Program STEM merujuk kepada kurikulum pendidikan yang memfokuskan kepada empat bidang utama: Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Program-program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan disiplin ini.Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan dan menerapkan teknologi drone kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Lepar Hilir 1 dengan kerjasama antara pihak Pusat TVET Termaju (PTVET) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses pada 20 Ogos 2024.

Latihan telah diberikan kepada pelajar sekolah Kebangsaan Lepar Hilir 1, meliputi:

  1. Pengenalan kepada Teknologi Drone: Penerangan mengenai asas penggunaan drone, jenis - jenis drone yang digunakan dalam kehidupab seharian dan faedahnya.
  2. Pengendalian Drone: Latihan praktikal mengenai cara mengendalikan dan menerbangkan drone dengan cara selamat dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
  3. Penggunaan Drone dalam Pertanian: Demonstrasi teknikal mengenai penggunaan drone

Satu sesi demonstrasi telah diadakan untuk menunjukkan fungsi sebenar drone dalam kehidupan seharian. Dalam demonstrasi ini:

  1. Pelajar ditunjukkan cara pengendalian Drone Pembelajaran (DJI TELLO), Drone Hobi (DJI MINI), Drone Pemetaan (DJI PHANTOM) dan Drone Pertanian.
  2. Pelajar diberi peluang untuk melihat secara langsung bagaimana drone berfungsi dan bagaimana ia boleh meningkatkan efisiensi kerja seharian.
  3. Pelajar diberi peluang untuk mengendalikan drone dibawah pengawasan staf Pusat TVET.

Pelajar dan guru menunjukkan minat yang mendalam terhadap teknologi drone. Mereka amat teruja dengan potensi teknologi ini untuk kegunaan seharian. Ianya juga secara langsung meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Keterlibatan aktif dalam sesi latihan dan demonstrasi menunjukkan penerimaan yang positif terhadap teknologi drone. Program STEM ini telah berjaya mencapai objektif utamanya dalam memberi pendedahan dan minat berkenaan teknologi drone kepada pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Lepar Hilir 1. Respons daripada pelajar dan guru adalah positif, menunjukkan minat dan keinginan untuk belajar lebih mendalam dalam teknologi ini disekolah mereka.

 

Ts. Joharizal bin Johari
Ts. Nidzamuddeen bin Ishak
Ts. Tarmizy bin Che Kar
Ts. Mohamad Azlan Bin Mat Hussin
Ts. Mohd Idzwanrosli bin Mohd Ramli


Cetak   Emel