Previous Next

PTVET PROFESSIONAL COURSE 2.0 (SURVEY METHOD CONSTRUCTION)

PTVET PROFESSIONAL COURSE 2.0
SURVEY METHOD CONSTRUCTION | 14-15 DISEMBER 2024 | STUDIO 1 & MAKMAL UKUR KEJURUTERAAN, ETIM FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH, GAMBANG PAHANG
 
Program ini merupakan kesinambungan kepada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi yang dilaksanaan di bawah Pusat TVET Termaju menerusi program PTVET Training Series.
Program ini telah dikendalikan oleh Pengajar iaitu Ts. Mohd Badwi Bin Yunus dibantu oleh Ts. Zusafly Bin Zubir dan Ts. Haji Azahar Bin Mat Yasin
Melalui program latihan bersasar selama 2 hari ini, para pelajar telah didedahkan dengan kaedah ukur kejuruteraan dalam pembinaan menggunakan peralatan ‘Electronic Total Station’ dan ‘Dumpy Level’. Pelajar-pelajar juga mempelajari beberapa kaedah ukur kejuruteraan di tapak bina menggunakan peralatan-peralatan tersebut dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam bentuk praktikal.
Para pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan berkaitan ‘traverse survey’, ‘building setting out’, ‘Reduce level for Road & Drainage’ dan ‘Using a Temporary Benchmark (TBM) in construction projects’
Pelaksanaan program latihan teknikal ini diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan teknologi semasa serta memberikan pendedahan pengalaman secara praktikal sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan nanti.

Cetak   Emel