Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - Design Driven Analysis: Finite Element Analysis (Linear Static)
Pusat TVET Termaju (PTVET) sudah memulakan siri pertama program permerkasaan industry yang berlangsung di Makmal CAE 2, di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA) pada 11 dan 12 Mei 2024. Siri pertama yang bertajuk : 'Design Driven Analysis: Finite Element Analysis (Linear Static) ' telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari PTVET iaitu Ts. Mohd Fazli Bin Ismail dan Ts. Mohd Adib Bin Mohd Amin.
Seramai 24 mahasiswa dan mahasiswi UMPSA dari pelbagai bidang (Mekanikal, Pembuatan dan Kimia) telah mengikuti program ini bagi mendalami bidang 'Finite Element Analysis' untuk kerja-kerja menganalisa dengan menggunakan reka bentuk berbantu komputer (CAD). Mereka telah didedahkan dengan teori asas 'Finite Element' dengan cara penggunaan yang betul ke atas rekabentuk yang dibangunkan di dalam komputer. Bagi menambah nilai pembelajaran, mahasiswa dan mahasiswi telah diberi kajian kes untuk dibuat analisa simulasi bagi mendekatkan mereka dengan keadaan industri sebenar di dalam simulasi berkomputer ini. Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan pendekatan PTVET di dalam menyediakan mahasiswa dan mahasiswi UMPSA kepada alam perkerjaan sebenar dengan kemahiran teknikal yang boleh diaplikasikan semasa berada di alam pekerjaan kelak. Sepanjang sesi berlangsung, penggunaan perisian 'Finite Element Analysis' telah diajar dan selain menghasilkan simulasi dari kajian kes, pelajar juga telah menjawab soalan-soalan kuiz bagi menguji kefahaman pelajar dalam modul ini.
Diharap sesi yang diadakan memberi manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi UMPSA disamping memberi nilai tambah kepada kompetensi kemahiran teknikal pada masa akan datang.
Nantikan siri-siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari PTVET pada masa akan datang! Sertai program kami untuk pembangunan kemahiran anda. Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UMPSA. (Sila layaran laman sesawang Pusat TVET Termaju untuk maklumat lanjut untuk siri-siri program akan datang.)
Latest News
Popular
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation