Previous Next

PROGRAM PEMERKASAAN KOMPETENSI PELAJAR : KURSUS PROFESIONAL DAN KOMPETENSI PTVET 2025 GEOMETRIC DIMENSIONING & TOLERANCING (GD&T) LEVEL 1

PROGRAM PEMERKASAAN KOMPETENSI PELAJAR : KURSUS PROFESIONAL DAN KOMPETENSI PTVET 2025
GEOMETRIC DIMENSIONING & TOLERANCING (GD&T) LEVEL 1
26 & 27 APRIL 2025 | MAKMAL VDI, FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN DAN MEKATRONIK, UMPSA PEKAN
 
Kursus persijilan profesional dan kompetensi TVET melalui inisiatif “Pemerkasaan Kompetensi Pelajar” di bawah KPI2A(2) Pelan Strategik UMPSA25 diteruskan dengan penganjuran Kursus Geometric Dimensioning & Tolerancing (GD&T) Level 1 yang telah dilaksanakan pada 26 dan 27 April 2025, bertempat di Makmal VDI, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Pekan. Inisiatif ini digerakkan oleh Pusat TVET Termaju (PTVET) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia UMPSA.
Dalam kursus ini, dua orang jurulatih bertauliah iaitu Ts Abd Rahman Fahmi Bin Mat Hasan dan Ts Aidil Shafiza Bin Safiee telah bertindak sebagai tenaga pengajar dan seramai 28 pelajar pra-siswazah UMPSA telah menyertai kursus tersebut.
Program latihan kompetensi yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teori dan konsep asas GD&T, aplikasi GD&T dalam industri pembuatan, kemahiran mentafsir dan menganalisa GD&T dalam rekabentuk kejuruteraan serta teknik praktikal pengukuran dan pemeriksaan elemen-elemen berkaitan GD&T.
Pada peringkat akhir kursus, pelajar telah menjalani penilaian bertulis selain sesi praktikal di sepanjang kursus untuk melayakkan mereka memperolehi kelayakan kompetensi.
Maklumbalas daripada peserta rata-ratanya berpuas hati dengan kaedah penyampaian serta isi kandungan kursus dan sebahagiannya berharap agar kursus ini dapat ditawarkan lagi untuk memberi peluang kepada rakan-rakan lain turut menyertainya di masa akan datang.
Tahniah dan Syabas kepada semua peserta berikut yang telah berjaya mengikuti kursus dengan jayanya.

Print   Email