PTVET di SK Indera Mahkota Utama sempena Minggu STEM
Hits: 5
25 APRIL 2025 | KUANTAN
Sambutan Minggu STEM di SK Indera Mahkota Utama
Pusat TVET Termaju (PTVET) telah menerima undangan dari pihak SK Indera Mahkota Utama (SKIMU) untuk memeriahkan program sempena sambutan Minggu STEM di sana. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa program tersebut.
Program bermula dengan sesi memeterai Surat Niat antara SKIMU dan UMPSA. Ini merupakan tanda permulaan kerjasama di antara kedua-dua pihak. Seterusnya para pelajar dibawa ke padang sekolah bagi menyaksikan demonstrasi penerbangan dron. PTVET telah membangunkan satu dron yang boleh digunakan untuk membaja atau menyiram tanaman di ladang.
Kemudian, pelajar-pelajar dipecahkan mengikut tahun dan bergerak ke setiap lokasi yang berbeza. Selain dron, PTVET turut membawa 2 buah go-Kart di mana salah satunya merupakan e-Kart yang dibangunkan sendiri oleh staf PTVET. Terdapat juga demonstrasi Elephant Toothpaste Experiment.
Menurut Guru Besar SKIMU, Pn. Norzaibasima binti Badarudin, pihak sekolah sangat menghargai komitmen UMPSA untuk menjayakan program ini. "Pihak sekolah dalam perancangan untuk mewujudkan pasukan elit khusus dalam bidang robotik dan dron. Kepakaran UMPSA amat ditagih dalam memastikan hasrat ini dicapai." ujar beliau lagi.
Program selesai kira-kira pukul 12.30 tengahari.
Latest News
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation