Previous Next

Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - Mobile Application Development Using Flutter

8 Disember 2024

Program latihan teknikal "Mobile Applications Development using Flutter" telah berjaya dilaksanakan pada 7 dan 8 Disember 2024, bertempat di Makmal Pengkomputeran Mudah Alih, Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang.

Program ini merupakan sebahagian daripada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi di bawah Pusat TVET Termaju melalui siri latihan PTVET. Program ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah Ts. Kirahman Bin Abd. Razak dan Ts. Wan Hassan Bin Wan Hamat.

Program latihan bersasar yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberi pendedahan kepada peserta terhadap reka bentuk dan pembangunan aplikasi mudah alih merentas platform menggunakan Flutter, sebuah rangka kerja pembangunan perisian UI sumber terbuka oleh Google. Flutter membolehkan penciptaan aplikasi yang sangat interaktif dan menarik secara visual melalui satu kod asas yang boleh dijalankan dengan lancar pada platform Android dan iOS. Kursus ini menekankan penggunaan bahasa pengaturcaraan Dart, seni bina berasaskan widget, dan teknik pengurusan keadaan (state management) yang canggih dalam membangunkan aplikasi yang boleh diskalakan dan responsif.

18 orang pelajar telah dipilih yang merupakan pelajar pra siswazah UMPSA dari Fakulti Komputeran (FK) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Autmotif (FTKMA). Pelajar yang lulus dalam penilaian praktikal pada hari terakhir akan menerima sijil latihan (completion certificate). Pelajar telah duji merekabentuk menggunakan perisian Flutter dengan menyiapkan satu tugasan yang diberikan. Seterusnya pelajar dikehendaki menghantar tugasan tersebut bagi menilai kefahaman dan Kemahiran yang dipelajari bagi membolehkan penganugerahan Sijil dilakukan.

Pelaksanaan program latihan teknikal ini diharapkan dapat nilai tambah kepada pelajar disamping meningkatkan pengetahuan  dan memberikan pengalaman praktikal sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan mereka pada masa akan datang.

 

Ts. Wan Hassan Bin Wan Hamat

Ts. Kirahman Bin Ab Razak


Print   Email