Program Profesor Turun Padang – Computer Aided Design (CAD)
Hits: 44
7 Disember 2024 | Pekan, Pahang
Pusat TVET Termaju (PTVET) Universiti Malaysia Pahang Al - Sultan Abdullah (UMPSA) telah menjalankan aktiviti Profesor Turun Padang – Computer Aided Design (CAD) Bersama 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan (SMKSP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah (SMKTA).
Program ini telah melibatkan seramai 94 orang pelajar, 7 orang guru pengiring dan 10 orang tenaga pengajar dari UMPSA. Pengkongsian ilmu CAD ini dibuat bagi mendedahkan pelajar kepada konsep rekabentuk dalam bidang sains dan kejuruteraan.
Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini dapat memberikan teknik asas rekabentuk berbantukan komputer untuk mana-mana projek sekolah pada masa akan datang seperti F1 School, pertandingan rekacipta dan pameran inovasi peringkat sekolah atau kebangsaan.
Program ini diketuai oleh Pengarah Pusat TVET Termaju UMPSA, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani bersama jurutera pengajar dan pensyarah dalam menjayakan aktiviti professor turun padang ini. Pihak UMPSA ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dan semoga beroleh ilmu yang manafaat dari program ini.
Latest News
16 December 2024
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation