Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - MECHANICAL INSTRUMENT CALIBRATION
Hits: 40
PTVET TRAINING SERIES – MECHANICAL INSTRUMENT CALIBRATION
8 NOVEMBER 2024 | FAKULTI KEJURUTERAAN TEKNOLOGI MEKATRONIK DAN PEMBUATAN, UMPSA PEKAN PAHANG.
Pekan - 8 November 2024 Program latihan teknikal kalibrasi instrumen mechanical telah berjaya dilaksanakan pada 7 dan 8 Disember 2024 bertempat di Fakulti Kejuruteraan Teknologi Mekatronik Dan Pembuatan Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah Pekan Pahang.Program ini merupakan sebahagian daripada siri latihan yang dianjurkan oleh pusat tvet termaju yang bertujuan memperkasa kemahiran teknikal para pelajar bagi menyertai industri di alam pekerjaaan.Program ini dikendalikan oleh Ts. Zulfika bin Anuar dan Ts.Rosli bin Ghani .
Program yang berjalan selama dua hari ini memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan keperluan kalibrasi peralatan seperti yang dikehendaki oleh Piawaian antarabangsa serta prosedur-prosedur asas bagi melaksanakan kalibrasi instrument pengukuran mekanikal. Kursus ini menekankan peri pentingnya pematuhan kepada standard yang melibatkan kalibrasi peralatan bagi memastikan semua peralatan pengukuran yang digunakan di dalam industri berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Seramai enam orang pelajar dari pelbagai Fakulti termasuk seorang pelajar yang sedang berkhidmat di dalam sektor minyak dan gas mengikuti kursus ini dengan jayanya dan telah melepasi penilaian kompetensi yang diberikan. Diharap para peserta yang mengikuti kursus ini mendapat faedah yang terbaik di dalam mempersiapkan diri mereka menjadi pekerja berkemahiran dalam pekerjaan masing-masing.
Ts Zulfika bin Anuar
Ts Rusli bin Ghani
Latest News
16 December 2024
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation