Previous Next

Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - Bosch Rexroth: Automation - MMs4.0 Part 1 Indrawoks, Profibus, RFID

Program latihan teknikal Bosch Rexroth: Automation - MMS4.0 Part 1 (IndraWorks, Profibus and RFID) telah berjaya dilaksanakan pada 1 – 3 Julai 2024, bertempat di Kilang Pembelajaran Modular Mekatronik Pintar ,Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang.

Program ini merupakan kesinambungan kepada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi yang dilaksanaan di bawah Pusat TVET Termaju menerusi program PTVET Training Series. Program ini telah dikendalikan oleh Pengajar Bertauliah Rexroth (Automation – Level 1) iaitu Ts. Hj. Syahrulnaim Mohamad Nawi dan dibantu oleh Ts. Nidzamuddeen Ishak.
Melalui program latihan bersasar selama 3 hari ini, para pelajar telah didedahkan dengan sistem pintar mekatronik yang menggunakan perkakasan modular dari Bosch Rexroth serta mempelajari beberapa kaedah bahasa pengaturcaraan bagi pengoperasian Programmable Logic Controller (PLC) dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam bentuk praktikal. Para pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan berkaitan sistem komunikasi ProfiBus serta penggunaan RFID secara praktikal pada Sistem Modular Pintar Bosch Rexroth berkenaan.
Pelaksanaan program latihan teknikal ini diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan teknologi semasa serta memberikan pendedahan pengalaman secara praktikal sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan nanti.

Cetak   Emel