Previous Next

LAWATAN PENANDA ARAS KE POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH

LAWATAN PENANDA ARAS KE POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH
11 Julai 2024 | POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH
 
IPOH – Delegasi Pusat TVET Termaju (PTVET), UMPSA yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak. Objektif utama lawatan ialah untuk menanda aras proses kerja dan amalan terbaik pihak PUO yang berjaya mendapatkan pengiktirafan peringkat Platinum daripada pihak Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).
 
Selain Prof. Kamal, delegasi PTVET turut diwakili oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani (Pengarah PTVET), En. Junaedi Irwan bin Wan Abdul Halim (Ketua Kluster) dan En. Muhammad Hafiz Aswad bin Ahmad Kamal (Eksekutif Kanan).
 
Delegasi PTVET tiba di PUO pada jam 10.30 pagi dan telah disambut oleh En. Norman Zamri, Timbalan Pengarah dan beberapa orang lagi pihak pengurusan PUO. Pertemuan dimulakan dengan kata-kata ucapan dari kedua-dua belah pihak sebelum beralih ke sesi perkongsian amalan terbaik proses akreditasi APACC.
 
Secara amnya, APACC merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab menjalankan akreditasi dan memberikan pengiktirafan kepada sesebuah institusi sebagai sebuah institusi TVET. Sehingga kini terdapat beberapa institusi pengajian di Malaysia yang sudah mendapatkan pengiktirafan daripada APACC seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Politeknik Port Dickson dan PUO sendiri. Sesi perkongsian ini tamat pada jam 12.30 tengahari.

Cetak   Emel