Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - Basic Lifting and Rigging-Operation and Maintenance
Program latihan teknikal melalui kursus pendek “Basic Lifting and Rigging-Operation and Maintenance” telah berjaya dilaksanakan pada 9-11 Julai 2024 bertempat di Makmal Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Teknologi Kimia dan Proses. Kursus pendek ini merupakan salah satu latihan teknikal yang dikendalikan oleh Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang.
Program ini merupakan kesinambungan kepada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi yang dilaksanaan di bawah Pusat TVET Termaju menerusi program PTVET Training Series. Program ini telah dikendalikan oleh Pengajar Bertauliah “Certified Lifting Supervisor” iaitu Ts. Khairil Anuar Bin Abdul Hamid dan dibantu oleh En. Mohd Shahrul Azuar Bin Mat Roseh.
Melalui program latihan bersasar selama 3 hari ini, pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan mengenai penyeliaan pengangkatan dan rigging melalui sesi teori dan amali. Pelajar juga perlu menjalankan amali dengan mengira tegangan, mengangkat, memasang tali (sling), simpulan (knot) dan pemasangan. Di akhir kursus ini, pelajar dapat mengetahui tanggungjawab dan peranan mereka sebagai penyelia operasi angkat mendalami akta dan peraturan berkaitan pengangkatan dan pelantar serta meembangunkan pelan pengangkatan (lifting plan), mengira kapasiti beban (load calculation) dan memeriksa keadaan peralatan sebelum diangkat.
Sejumlah 15 orang pelajar telah dipilih yang merupakan pelajar pra siswazah UMPSA dari pelbagai program dan fakulti antaranya dari FTKMA (4 orang), FTKKP (5 orang), FIST (4 orang) dan FTKA (2 orang). Kesemua pelajar ini telah lulus penilaian praktikal pada hari terakhir dan telah dimenerima sijil latihan (completion certificate). Penilaian praktikal ini dikendalikan bagi menguji tahap pemahaman terhadap modul yang diberikan serta skill yang dipamerkan ketika mengangkat beban dengan pelbagai load. Mereka juga diuji dengan penentuan nilai COG “Centre of gravity”, pengiraan beban, pemilihan teknik sling yang bersesuaian, peranan masing-masing selaku lifting supervisor, rigger, signal man dan tagline man serta lifting plan yang dibangunkan sebelum kerja mengangkat dilaksanakan. Pelaksanaan program latihan teknikal ini diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan teknologi semasa serta memberikan pendedahan pengalaman secara praktikal sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan nanti.
Disediakan oleh,
Ts. Khairil Anuar Bin Abdul Hamid
En. Mohd Shahrul Azuar Bin Mat Roseh
Ts. Mohd Firdaus Bin Mohd Lazim
Latest News
Popular
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation