Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) -OMRON Collaborative Robot (COBOT)
Jumlah paparan: 177
EMPOWERING INDUSTRY: OMRON COLLABORATIVE ROBOT (COBOT)
26 JULAI 2024 | TEACHING FACTORY, UMPSA PEKAN
Program latihan teknikal "EMPOWERING INDUSTRY: OMRON Collaborative Robot (COBOT)" telah berjaya dijalankan selama 2 hari dalam 3 sesi dari minggu ke-10 hingga minggu ke-11, iaitu dari 14 hingga 24 Mei 2024. Program ini berlangsung di Kilang Pembelajaran Modular Mekatronik Pintar, Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang.
Ia merupakan sebahagian daripada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi di bawah Pusat TVET Termaju melalui siri latihan PTVET. Program ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah OMRON Ir. Mohamad Rahimi Bin Mohamed Rodzi, dengan bantuan Pn. Norzarira Binti Mohd Salleh.
Selama 2 hari dan 3 sesi yang berbeza, pelajar diperkenalkan dengan butiran terperinci mengenai pergerakan dan sendi robot, serta memperoleh pemahaman menyeluruh mengenai keupayaan dan kelemahan robot COBOT. Mereka juga diajar tentang cara mengenalpasti jenis genggaman tertentu, pertimbangan muatan, dan Titik Pusat Alat (TCP), dengan sesi praktikal yang menumpukan kepada pembangunan logik pengaturcaraan yang sesuai untuk robot OMRON.
Pelajar juga didedahkan kepada aspek penting mengenai protokol komunikasi robot yang khusus untuk teknologi OMRON, bersama-sama dengan pengenalpastian dan penggunaan fungsi sokongan dan pemulihan untuk penyelenggaraan sistem dan penyelesaian masalah. Pengajar juga telah memberi penekanan pada amalan keselamatan sepanjang latihan teknikal ini dijalankan bagi memastikan para pelajar boleh mengamalkan interaksi selamat dengan OMRON COBOT dalam pelbagai aplikasi industri dengan yakin kelak.
Pelaksanaan program latihan teknikal ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai teknologi semasa dan memberikan pengalaman praktikal sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan mereka pada masa akan datang.
Latest News
Popular
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation