Previous Next

Siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) Dari Pusat TVET Termaju (PTVET) - Hands-on Introduction on Power BI Basic

 

Hands-on Introduction on Power BI Basic
23 - 24 September 2024 | Makmal Komputer, Perpustakaan UMPSA Kampus Pekan
 
Program latihan "Hands-on Introduction on Power BI Basic" telah berjaya dijalankan selama 2 hari yang berlangsung di Makmal Komputer, Perpustakaan UMPSA Kampus Pekan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,Pahang.
 
Ia merupakan sebahagian daripada agenda pemerkasaan TVET aras tinggi di bawah Pusat TVET Termaju melalui siri latihan PTVET. Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar iaitu Ts. Dr. Nor Saradatul Akmar Binti Zulkifli dengan bantuan Ts. Dr. Salwana Binti Mohamad.
 
 

Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada staf UMPSA telah menyertai program ini dengan jayanya. Antara pengisian kursus ini adalah dimana para peserta dibimbing untuk membuat "data acquisition, modelling and visualization" menggunakan perisian Power BI. Peserta kursus juga diajarkan asas DAX. Pada akhir sesi latihan, peserta diberikan tugasan untuk dilaksanakan bagi menguji kemahiran hands-on peserta dalam Power BI.

 

 

Cetak   Emel