Program latihan teknikal Bosch Rexroth: Automation - MMS4.0 Part 1 (IndraWorks, Profibus and RFID) telah berjaya dilaksanakan pada 1 – 3 Julai 2024, bertempat di Kilang Pembelajaran Modular Mekatronik Pintar ,Pusat TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang.
Pusat TVET Termaju (PTVET) sudah memulakan siri pertama program permerkasaan industry yang berlangsung di Makmal CAE 2, di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA) pada 11 dan 12 Mei 2024. Siri pertama yang bertajuk : 'Design Driven Analysis: Finite Element Analysis (Linear Static) ' telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari PTVET iaitu Ts. Mohd Fazli Bin Ismail dan Ts. Mohd Adib Bin Mohd Amin.
Seramai 24 mahasiswa dan mahasiswi UMPSA dari pelbagai bidang (Mekanikal, Pembuatan dan Kimia) telah mengikuti program ini bagi mendalami bidang 'Finite Element Analysis' untuk kerja-kerja menganalisa dengan menggunakan reka bentuk berbantu komputer (CAD). Mereka telah didedahkan dengan teori asas 'Finite Element' dengan cara penggunaan yang betul ke atas rekabentuk yang dibangunkan di dalam komputer. Bagi menambah nilai pembelajaran, mahasiswa dan mahasiswi telah diberi kajian kes untuk dibuat analisa simulasi bagi mendekatkan mereka dengan keadaan industri sebenar di dalam simulasi berkomputer ini. Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan pendekatan PTVET di dalam menyediakan mahasiswa dan mahasiswi UMPSA kepada alam perkerjaan sebenar dengan kemahiran teknikal yang boleh diaplikasikan semasa berada di alam pekerjaan kelak. Sepanjang sesi berlangsung, penggunaan perisian 'Finite Element Analysis' telah diajar dan selain menghasilkan simulasi dari kajian kes, pelajar juga telah menjawab soalan-soalan kuiz bagi menguji kefahaman pelajar dalam modul ini.
Diharap sesi yang diadakan memberi manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi UMPSA disamping memberi nilai tambah kepada kompetensi kemahiran teknikal pada masa akan datang.
Nantikan siri-siri Program Pemerkasaan Industri (Empowering Industry) dari PTVET pada masa akan datang! Sertai program kami untuk pembangunan kemahiran anda. Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UMPSA. (Sila layaran laman sesawang Pusat TVET Termaju untuk maklumat lanjut untuk siri-siri program akan datang.)
3 Mei 2024
Kehadiran delagasi dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dipimpin oleh Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail ke Pusat TVET Termaju telah disambut oleh Profesor Dr. Mohd Hasbi Bin Ab Rahim, Pengarah Kanan Penyelidikan (PNI UMPSA) serta Pengarah Pusat TVET Termaju; Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Bin Mohd Sani. Delagasi ini telah dibawa ke ruang kilang pembelajaran bagi melihat dan berkongsi maklumat tentang kemudahan dan inovasi yang ada di Pusat TVET UMPSA.
2 Mei 2024
Majlis Sambutan Raya AidilFitri Pusat TVET Termaju telah diadakan di Kilang Pembelajaran Pusat TVET Termaju pada 2 Mei 2024. Turut menghadiri dan memeriahkan majlis ini adalah Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik; Profesor Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh serta dif-dif jemputan. Sambutan raya aidilfitri yang julung-julung kali diadakan di Pusat TVET Termaju mendatangkan rasa kegembiraan kepada staf-staf Pusat TVET yang juga turut menyumbang juadah-juadah yang sedap bagi menjayakan lagi majlis ini. Walaupun persiapan tempat tampak sederhana tidaklah kekurangan itu melunturkan kemeriahan malahan melontarkan rasa kesyukuran kepada yang menghadiri majlis ini. Maaf Zahir Batin.
22 April 2024
Lawatan dari Kasetsart Universitiy, Bangkok ke Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Lawatan dari Beifang International Education Group, China Ke Pusat Tvet Termaju Umpsa
7 Mac 2024
Pusat TVET Termaju telah menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar pada 7 Mac 2024. Program CSR ini melibatkan staf PTVET bersama dengan guru-guru Sekolah Rendah Islam Al-Amin melaksanakan aktiviti gotong-royong. Antara aktiviti-aktiviti yang telah di laksanakan adalah perkhidmatan mencuci penghawa dingin, menukar kapasitor dan membersihkan kipas serta mengecat.
5 MAC 2024
Bengkel pembangunan & permurnian modul bersama staf Pusat TVET Termaju yang diadakan di Bilik Latihan Komputer, PTMK UMPSA Pekan.