PTVET UMPSA

Berita

Previous Next

Lawatan Kerja Politeknik Ungku Omar (29 Februari 2024)

29 FEBRUARI 2024 | Pusat TVET Termaju UMPSA

Lawatan Kerja Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh ke Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Previous Next

Aktiviti "Big Cleaning Day PTVET" Pusat TVET Termaju (28 Feb 2024)

28 Februari 2024

Program "Big Cleaning Day PTVET" adalah satu inisiatif dari Unit EKSA, PTVET yang telah di laksanakan pada 28 Februari 2024. Antara pengisian utama dalam program ini adalah aktiviti gotong royong permbersihan ruang dan penyusunan peralatan-peralatan yang berada diruang dan makmal Kilang Pembelajaran. Program ini telah melibatkan semua staf Pusat TVET Termaju yang telah memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang program ini dijalankan.

 
Previous Next

Lawatan Kerja Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ke Pusat TVET Termaju (23 Februari 2024)

23 Februari 2024 | Pusat TVET Termaju UMPSA
 
Lawatan Kerja Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) ke Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
 
Previous Next

UMPSA dan OMRON Tubuh Pusat Latihan Bertauliah (20 Februari 2024)

UMPSA dan OMRON Tubuh Pusat Latihan Bertauliah
20 Februari 2024 (Selasa) | Putrajaya
 
UMPSA akan bekerjasama dengan OMRON Electronics Sdn Bhd untuk menubuhkan OMRON Licensed Training Center di UMPSA. Berdasarkan kemudahan yang dimiliki oleh UMPSA ketika ini, perancangan ini dilihat akan dicapai dengan mudah. Tambahan pula, UMPSA sudah menggunakan peralatan daripada OMRON sejak tahun 2004 lagi. Secara tidak langsung UMPSA memiliki kepakaran dalam melatih pelajar menggunakan peralatan tersebut.
 
Majlis ini telah dihadiri oleh Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Madya Dr. Hamdan bin Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani, Pengarah Pusat TVET Termaju. Manakala pihak OMRON diwakili oleh En. Lee Kok Soong, Pengarah Urusan, En. Alvin Choi Kwok Weh, Pengurus Jualan dan En. Sharizal bin Ahmad, Pengurus Akaun.Turut hadir ialah Profesor Ir. Dr. Chin Sim Yee, Pengarah (Bahagian Hubungan Universiti - Industri) dan Dr. Mohd Anwar bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik.
 
Melalui kerjasama ini juga, pelbagai program lain turut boleh diadakan seperti Train the Trainer (TTT), membangunkan modul latihan yang releven dengan kehendak semasa, penempatan bagi pelajar untuk menjalani latihan industri di OMRON dan sesi perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak. Bertempat di Zenith Hotel Putrajaya, majlis ini merupakan anjuran bersama pihak Pusat TVET Termaju dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), UMPSA.
Previous Next

Uji Lari Crawler Bagi Program Kerjasama UMPSA - PKPP (15 Februari 2024)

15 Februari 2024

Program uji lari crawler bagi Kerjasama strategik dalam bidang pertanian oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).

Previous Next

Lawatan ke Pusat TVET Termaju UMPSA dari delagasi Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) (7 Februari 2024)

07 Feb 2024:
Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan dari Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) untuk melihat sumber infra dan  perkhidmatan yang ditawarkan di Kilang Pembelajaran, PTVET UMPSA.
Turut bersama mengiringi delagasi KTYS adalah Profesor Ts Dr. Kamal Bin Yusoh (Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik) dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Bin Mohd Sani (Pengarah Pusat TVET Termaju UMPSA).
Previous Next

Kerjasama Membangun Alat Pemantauan Longkang (SWCorp - PTVET UMPSA)

24 Januari 2024:
Projek Kerjasama Pusat TVET Termaju UMPSA bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Rompin.
Perbincangan awal untuk menjalinkan kerjasama Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Rompin.
 
Kerjasama ini bertujuan untuk membangunkan alat pemantauan longkang dimana Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah diberi kepercayaan untuk membangunkan produk ini. Wakil SWCorp Rompin, Encik Hafiz dan juga beberapa wakil bersama beliau, dan wakil Pusat TVET Termaju UMPSA yang diketuai oleh Mejar Ts. Hazami Bin Che Hussain, diikuti Ts. Syahrulnaim Bin Mohamad Nawi & Ts. Mohd Adib Bin Mohd Amin
Previous Next

Program Perjumpaan PNC Pengembangan Akademik Bersama Staf PTVET

18 Januari 2024:
Program Perjumpaan Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik & Pengarah Pusat TVET Termaju Bersama Staf Pusat TVET Termaju telah berlangsung dengan jayanya. Antara agenda program tersebut adalah bersuai kenal bersama semua staf teknikal dan pentadbiran di Pusat TVET Termaju & membincangkan Sasaran Kerja Tahunan bagi semua staf teknikal & pentadbiran di Pusat TVET Termaju.
 
Turut hadir, Profesor Ts. Dr. Kamal Bin Yusoh,Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Bin Mohd Sani, Pengarah Pusat TVET Termaju. Pengacara majlis dikendalikan oleh Encik Muhammad Hafiz Aswad Bin Ahmad Kamal, Pegawai Tadbir Kanan Pusat TVET Termaju. Juga meraikan staf pentadbiran iaitu Encik Fadhil Anwar Bin Zulhilmi yang telah bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Image
— Hubungi
Centre for Advanced TVET,
Teaching Factory Building,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,
26600 Pekan Pahang

— Capaian Pantas