Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada staf UMPSA telah menyertai program ini dengan jayanya. Antara pengisian kursus ini adalah dimana para peserta dibimbing untuk membuat "data acquisition, modelling and visualization" menggunakan perisian Power BI. Peserta kursus juga diajarkan asas DAX. Pada akhir sesi latihan, peserta diberikan tugasan untuk dilaksanakan bagi menguji kemahiran hands-on peserta dalam Power BI.
